Wednesday, November 3, 2010

Dari Mana Asal Dadah


Dari Mana Asalnya Dadah
Dadah diperolehi daripada berbagai sumber yang berbeza. Sesetengah dadah diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan yang selebihnya datang daripada binatang atau galian. Disebabkan tisu tumbuhan dan haiwan tidak sama antara satu sama lain, maka timbul masalah yang dihadapi oleh kalangan ahli farmakologi . Masalah yang timbul ini ialah bagaimana untuk menyeragamkan dos. Sebagai contohnya, dadah dari jenis belladonna adalah merupakan sejenis dadah yang digunakan untuk merawat kekejangan perut. Ia didatangkan daripada tumbuhan yang dipanggil 'nightshade' . Masalah yang dihadapi ialah semua tumbuhan 'nightshade' ini tidak mengandungi amaun belladonna yang sama. Kesannya, ahli perubatan tidak dapat mengenalpasti sama ada dos belladonna yang mereka gunakan itu adalah terlalu kuat atau lemah. Untuk menyelesaikan masalah ini, para penyelidik mengandaikan bahawa hanya bahagian bahagian tertentu dadah tersebut mempunyai kemampuan untuk bertindak ke atas badan. Mereka kemudiannya menggelarkan bahagian tersebut sebagai 'prinsip aktif' (active principle). Mereka akan melakukan tugasan berdasarkan penyelidikan dan piawai mengikut 'prinsip aktif' yang telah mereka andaikan tadi.
Bahan bahan yang dikenali sebagai 'prinsip aktif' daripada pelbagai dadah yang dipilih akan diasingkan. Pengasingan ini dilakukan dengan melaksanakan pengukuran. Kuantiti tertentu kemudiannya dihasilkan dalam bentuk tablet, kapsul dan sebagainya. Dadah yang telah dihasilkan di dalam bentuk bentuk ini boleh di dapati dengan mudahnya samada di kedai kedai farmasi ataupun melalui ahli perubatan. Doktor juga kini dapat menganggar dengan tepat mengenai julah dadah yang perlu diberikan kepada pesakit serta boleh meberitahu apakah kesan kesan pemngambilah dadah tersebut ke atas pesakit. Kerja kerja pengasingan yang telah disebutkan tadi yang menjadikan dadah dalam bentuk tablet ataupun kapsul telah menjadikan kerja kerja perubatan lebih mudah.
Hari ini, kebanyakan dadah tidak lagi diperolehi daripada pengasingan dan penyulingan tumbuhan tumbuhan ataupun tisu. Sebaliknya, ia dilakukan dengan proses sintesis atau dihasilkan di dalam makmal kimia. Sebagai contohnya, apabila kortison ditemui, ia telah dihasilkan dengan perbelanjaan yang besar untuk memperolehinya daripada kelenjar adrenal haiwan yang mati. Akibat kos yang terlibat adalah besar, maka para saintis mengkaji bagaimana untuk menciptanya daripada hempedu seladang yang disembelih. Cara ini nyata lebih menjimatkan kos. Cara ini kemudiannya diperbaiki dengan mensistesiskan daripada pelbagai tumbuhan yang mudah dan senang dijumpai.
Dadah sintetik yang menduplikasikan 'prinsip aktif' tumbuhan haiwan atau mineral adalah bahan semulajadi kerana ia mengandunghi hanya 'prinsip aktif' dan bahan bahan yang tidak berguna serta kekotoran di dalamnya akan dibuang

No comments:

Post a Comment