Wednesday, November 3, 2010

jenis-jenis Dadah

 heroin.jpg           heroin                                                                                     

 

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk

Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain 

Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan

Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih

morfin1.jpgMata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

Morfin  

Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

  Candu                       candu1.jpg       

Definasi

Dihasilkan daripada buah popi muda .

Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Jenis /Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu

Nama lain

Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar

Cara penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

Ganja         ganja.jpg              

Definasi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan

menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

yabu        syabu.jpg     

Definasi

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

Ecstacy/MDMA    ecstacy.jpg 

Definasi

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Ketamin             ketamin.jpg

Definasi

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

Kerengsaan Kulit


Kerengsaan Kulit
Poison ivy (Rhus toxicodendron) dan poison sumac (R. Venix) ditannam di Amerika Selatan, manakala poison oak (R. diversiloba) dijumpai di Barat. Daun, batang dan akar pohon ini menghasilkan minyak yang dipanggil urushiol.
Kes keracunan boleh terjadi di dalam semua keadaan dan musim apabila seseorang memegang bahagian bahagian yang tertentu. Namun, menghidu pohon poison ivy atau poison oak yang terbakar juga sudah cukup untuk menyebabkan keracunan di bahagian bahagian tertentu di anggota badan. Dalam masa 12 jam selepas terdedah kepada keadaan itu, kesan melecur yang kecil berwarna putih akan timbul dikulit dan akan diikuti dengan kegatalan kulit. Apabila keadaan melecur ini pecah, kulit akan menjadi lembap dan bengkak.

Kerancunan Muskular


Kerancunan Muskular
Mempengaruhi tisu otot. Sebagai contohnya, false hellebore (Veratum vivide) mengandungi beberapa alkaloid yang bertindak secara langsung dengan tisu otot. Simptom termasuklah muntah, kesakitan abdomen serta otot menjadi lemah.

Keracunan Neuromuskular


Keracunan Neuromuskular
Berkaitan dengan gangguan ke atas transmisi impuls daripada saraf ke otot. Foxglove (Digitalis purpurea) mengandungi beberapa bahan kimia beracun, termasuklahdigitoxigen dan beberapa glikosid. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan temperat di seluruh dunia. Di antara simptom awal keracunan adalah kehilangan selera makan, nausea serta mengantuk. Simptom ini diikuti dengan degupan jantung yang perlahan dan tidak normal, pening kepala dan kesakitan di bahagian abdomen. Dadah jenis digitalis dihasilkan daripada tumbuhan foxglove dan digunakan di dalam kuantiti yang kecil untuk merawat sakit jantung.
Curare adalah nama bagi alkaloid yang diguanakan oleh suku kaum asli India Amerika Selatan. Ia digunakan sebagai bahan untuk merehatkan otot serta bertujuan untuk merawat penyakit tremor dan tetanus. Selain itu ia digunakan untuk meracun bahagian hujung anak panah. Tumbuhan ini diambil daripada batang sesetengah pokok terutamanya moonseed vine (genus Chondodendron) dan Strychnos toxifera. Racun yang begitu kuat ini boleh menyebabkan kelumpuhan berlaku dengan serta merta.

Keracunan Saraf


Keracunan Saraf
Secara langsung bertindak dengan mempengaruhi sistem saraf. Bunga dan benih jimsonweed (Datura stramonium) mengandungi racun saraf yang paling merbahaya di samping hyoscine dan atropin. Jimsonweed di tanam di sekitar Eropah dan Amerika Selatan. Tumbuhan yang berbunga putih ini menyebabkan kanak kanak mudah tertarik kepadanya. Kesan toksik di dalamnya boleh menyebabkan pening kepala, nausea, kehausan serta kulit yang mudah menjadi kering dan terasa seperti terbakar.
Keadaan ini akan diikuti oleh kekeliruan mental serta kehilangan daya ingatan. Belladona (Atropa belladonna) serta black henbane (Hyoscyamus niger) adalah herba beracun yang menghasilkan alkaloid yang lebih kurang sama seperti yang boleh dijumpai di dalam tumbuhan jimsonweed.

Keracunan Darah


Keracunan Darah
Mempengaruhi kemampuan darah untuk membawa oksigen atau menggangu fungsi sistem pengaliran darah. Glikosid menghasilkan berbagai spesies buah ceri yang didapati berpotensi sebagai toksin darah. Namun, buah tersebut mesti digunakan dalam kuantiti yang banyak untuk menjadi toksik. Benih castor bean (Ricinis communis) mengandungi risin toxalbumin.
Tumbuhan castor bean di tanam dengan banyaknya di kawasan temperat di Amerika Syarikat. Toksin tumbuhan tersebut boleh menyebabkan mulut, tekak dan perut terasa seperti terbakar, diikuti dengan muntah, cirit birit serta kekejangan sistem abdomen. Kesusahan untuk bernafas juga berlaku. Satu benih sahaja sudah cukup untuk membawa kematian kepada kanak kanak. Tumbuhan rosary pea (Abrus precatorius) yang tumbuh di kawasan tropika menghasilkan toksin darah yang dipanggil abrin yang seakan toksik seperti risin.

Dadah : Kesengsaraan Disebalik Kebaikan


Dadah : Kesengsaraan Disebalik Kebaikan
Dadah selain membawa kebaikan untuk mengubati penyakit, juga mempunyai keburukan yang boleh membawa kesengsaraan yang cukup menyeksakan akibat penggunaannya. Kesengsaraan yang di hadapi bukan sahaja terdiri daripada penyakit, malahan boleh berakhir dengan kematian. Sebenarnya terdapat berbagai bahan kimia yang memberikan kesan toksik ke atas tumbuhan tumbuhan dadah ini yang menyebabkan ia boleh menjadi beracun. Kebanyakan unsur atau bahan kimia ini adalah alkaloid. Sesetengah toksin tumbuhan adalah terdiri daripada polipeptida yang mengandungi unsur nitrogen dan sesetengah pula mengandungi unsurglikosid yang terdiri daripada molekul gula yang terikat dengan molekul lain yang selalunya toksik. Apabila terurai secara kimia, kebanyakkan glikosid akan mengeluarkan asid prusik yang boleh membawa maut. Dibawah ini akan dapat kita ikuti kesan dadah dan tumbuhan yang beracun akibat penggunaannya yang tidak teliti.

Reaksi Terhadap Dadah


Reaksi Terhadap Dadah
Untuk sesebuah bahan kimia dianggap sebagai dadah, ia mesti mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi cara bagaimana badan bekerja untuk menjadi aktif secara biologi. Tiada bahan bahan yang mempunyai kekuatan untuk melakukannya didapati selamat secukupnya, dan dadah hanya diperakui selepas ianya terbukti selamat digunakan seperti yang diarahkan serta kebaikan yang diperolehi akibat daripada penggunaan dadah tersebut adalah lebih besar daripada risiko yang boleh dihadapi oleh pesakit. Namun, terdapat juga dadah yang amat bahaya yang diperakui untuk digunakan kerana ianya diperlukan untuk merawat pesakit yang mengalai kesakitan yang serius.
Digitalis, yang menyebabkan otot jantung untuk menguncup, adalah merupakan dadah yang cukup merbahaya, tetapi para doktor dibenarkan untuk menggunakannya kerana ianya penting untuk merawat pesakit yang mempunyai masalah otot jantung. Dadah yang mujarab seperti digitalis ini mungkin tidak akan mendapat perakuan untuk merawat kesakitan minor seperti keletihan sementara kerana risiko yang akan diterima oleh pesakit akan lebih besar.
Ramai orang menderita kesakitan akibat penggunaan dadah walaupun mereka telah mengikuti arahan arahan penggunaan tersebut dengan baik. Populasi manusia, tidak seperti serangga atau semut dan lebah, kerana mempunyai pelbagai cariasi genetik yang hebat. Dadah diuji ke atas beribu ribu manusia. Apabila diuji keatas orang yang berlainan, terdapat sesetengan orang yang tidak bertindakbalas seperti yang dijangkakan setelah mereka menggunakan dadah tersebut. Seseorang yang mempunyai tindakbalas idiosyncratic terhadap ubat penenang (sedative) tertentu, sebagai contohnya, mungkin akan mengalami keadaan yang menyeronokkan berbanding keadaan rehat. Orang lain pula mungkin berada di dalam keadaan hypersensitif, atau sensitif yang ekstrem atau mungkin mengalami reaksi yang teruk akibat alergi apabila menggunakan ubat yang sama.
Seseorang pesakit mungkin akan memerlukan ubat berasaskan dadah berulang ulang kali untuk mendapatkan hasil yang mereka inginkan. Ini bermaksud dos dalam kuantiti yang lebih besar diperlukan untuk menghasilkan kesan therapeutik yang diperlukan.Sifat tolerance atau memerlukan ubat yang sama berulang ulang kali mungkin kelamaannya akan menjadi kebiasaan yang mana seseorang pesakit akan mengalami keadaan ketagihan. Ketagihan akan mengakibatkan gangguan psikologi dan fizikal yang teruk apabila dadah itu tidak diambil dengan betul. Morfin, Kokain dan Benzedrine adalah dadah yang membentuk tabiat ketagihan.
Dadah juga selalunya dikaitkan dengan kesan sampingan yang tidak diingini. Ia selalunya mengakibatkan ketidakselesaan tetapi yang kecil sahaja seperti keadaan ruam, pening kepala dan mengantuk. Sesetengah dadah mempunyai kesan sampingan yang serius. Ini termasuklah kesan berbalik yang mengancam nyawa. Sebagai contohnya, dadah yang dikenali sebagai Thalidomide pernah dahulunya dianggap sebagai dadah dari jenis penenang yang paling selamat pernah dibangunkan oleh para saintis. Walaupun begitu, beribu ribu wanita di United Kingdom yang mengambil dadah ini semasa mengandung, melahirkan anak yang mengalami kecacatan yang serius. Kesan berbalik juga didapati berpunca daripada campuran dadah. Oleh itu, pengambilan aspirin yang boleh mengurangkan kesakitan pening kepala, akan menjadi lebih merbahaya sekiranya seseorang mengambil dadah yang berlainan untuk mengurangkan kesakitan yang sama seperti heparain atau dicumarol.

Penyelidikan secara Biologi


Penyelidikan secara Biologi
Sesetengah bahan yang dihasilkan daripada sumber haiwan dan digunakan sebagai dadah tidak diperolehi daripada haiwan yang telah mati. Sebaliknya, bahan bahan tersebut diperolehi secara biologi. Ia dihasilkan daripada badan haiwan yang masih hidup. Toksid Tetanus, yang mana digunakan untuk mengimunisasi pesakit terhadap tetanus atau kancing gigi diperolehi secara biologi. Ia dibuat secara biologi melalui kaedah yang berikut :
Kuantiti kecil organisma tetanus disuntik ke dalam kuda. Organisma tetanus akan menghasilkan toksin tetanus di dalam badan haiwan tersebut. Satu sampel darah kuda tersebut diambil. Toksin tetanus di dalam kandungan darah akan dirawat secara kimia untuk menhasilkannya secara tidak membahayakan. Namunm, toksin yang tidak beracun ini atau toksid akan mengekanlkan keupayaan untuk mengstimulasi di dalam darah serta membentuk antibodi yang digunakan bagi menangkis penyakit toksin tetanus . Oleh itu, ia akan disuntik ke dalam badan pesakit untuk mengimunisasikan pesakit tersebut daripada wabak tetanus.
Penyelidikan secara sintetik
Berbagai dadah sintetik tidak diduplikasikan daripada sumber semulajadi. Semenjak penciptaan dadah daripada penemuan secara kebetulan atau tidak sengaja, sains kini berkeupayaan untuk menghasilkan dadah baru yang tidak ditemui daripada bahan semulajadi.
Satu cara bagaimana dadah baru direkacipta ialah dengan mengubah suai struktur molekul bahan dadah yang lain. Dadah yang diubahsuai itu, yang dipanggil sebagai analog adalah lebih efektif, menyebabkan kesan sampingan yang kurang dan boleh disediakan secara murah daripada dadah dari jenis biasa. Oleh itu, untuk memusnahkan kesan sampingan yang serius akibat kortison, serta meningkatkan potensinya, saintis mengubahsuai struktur molekul dadah tersebut untuk mendapatkan prenisone, hydrocortisone dan beberapa analog yang lain. Pemanipulasian molekul ini merupakan kaedah yang penting bagi penghasilan dadah yang baru. Selain itu, terdapat juga kedah lain untuk mencipta ubat baru.
Teknik yang baru dibangunkan ini membabitkan pengubahan kod genetik sesuatu bakteria yang kemudiannya dijual dalam bentuk dadah yang halus. Kaedah ini membolehkan bakteria melakukan tugas yang lebih berkesan daripada bakteria biasa. Contohnya seperti membuat hormon pertumbuhan manusia, insulin atau hormon untuk otak manusia, somatostatin.
Bagaimana Dadah Bertindak
Dadah bertindak dengan mengubah tingkahlaku beberapa sel di dalam badan. Walaupun ramai orang hanya bercakap mengenai kesan dadah, apa yang sebenarnya dapat diperhatikan ialah perubahan di dalam cara badan bekerja. Sebagai contohnya, aspirin tidak dengan sendirinya mengurangkan demam. Tetapi, ia secara sementara mempengaruhi sel saraf di dalam otak yang mengawal suhu badan. Perubahan yang dilakukan disini merangkumi dorongan serta tekanan ke atas tindakan sesebuah sel atau tisu.Dadah yang bertindak dengan cara ini dipanggil ejen pharmacodynamic. Cara yang satu lagi ialah dadah yang bertindak untuk memusnahkan atau memperlahan pertumbuhan wabak penyakit tanpa mempengaruhi sel normal badan. Dadah yang bertindak seperti penisilin, streptomycin, tetracyline dan dadah sulka adalah merupakan ejen chemoutherapeutic.

Dari Mana Asal Dadah


Dari Mana Asalnya Dadah
Dadah diperolehi daripada berbagai sumber yang berbeza. Sesetengah dadah diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan yang selebihnya datang daripada binatang atau galian. Disebabkan tisu tumbuhan dan haiwan tidak sama antara satu sama lain, maka timbul masalah yang dihadapi oleh kalangan ahli farmakologi . Masalah yang timbul ini ialah bagaimana untuk menyeragamkan dos. Sebagai contohnya, dadah dari jenis belladonna adalah merupakan sejenis dadah yang digunakan untuk merawat kekejangan perut. Ia didatangkan daripada tumbuhan yang dipanggil 'nightshade' . Masalah yang dihadapi ialah semua tumbuhan 'nightshade' ini tidak mengandungi amaun belladonna yang sama. Kesannya, ahli perubatan tidak dapat mengenalpasti sama ada dos belladonna yang mereka gunakan itu adalah terlalu kuat atau lemah. Untuk menyelesaikan masalah ini, para penyelidik mengandaikan bahawa hanya bahagian bahagian tertentu dadah tersebut mempunyai kemampuan untuk bertindak ke atas badan. Mereka kemudiannya menggelarkan bahagian tersebut sebagai 'prinsip aktif' (active principle). Mereka akan melakukan tugasan berdasarkan penyelidikan dan piawai mengikut 'prinsip aktif' yang telah mereka andaikan tadi.
Bahan bahan yang dikenali sebagai 'prinsip aktif' daripada pelbagai dadah yang dipilih akan diasingkan. Pengasingan ini dilakukan dengan melaksanakan pengukuran. Kuantiti tertentu kemudiannya dihasilkan dalam bentuk tablet, kapsul dan sebagainya. Dadah yang telah dihasilkan di dalam bentuk bentuk ini boleh di dapati dengan mudahnya samada di kedai kedai farmasi ataupun melalui ahli perubatan. Doktor juga kini dapat menganggar dengan tepat mengenai julah dadah yang perlu diberikan kepada pesakit serta boleh meberitahu apakah kesan kesan pemngambilah dadah tersebut ke atas pesakit. Kerja kerja pengasingan yang telah disebutkan tadi yang menjadikan dadah dalam bentuk tablet ataupun kapsul telah menjadikan kerja kerja perubatan lebih mudah.
Hari ini, kebanyakan dadah tidak lagi diperolehi daripada pengasingan dan penyulingan tumbuhan tumbuhan ataupun tisu. Sebaliknya, ia dilakukan dengan proses sintesis atau dihasilkan di dalam makmal kimia. Sebagai contohnya, apabila kortison ditemui, ia telah dihasilkan dengan perbelanjaan yang besar untuk memperolehinya daripada kelenjar adrenal haiwan yang mati. Akibat kos yang terlibat adalah besar, maka para saintis mengkaji bagaimana untuk menciptanya daripada hempedu seladang yang disembelih. Cara ini nyata lebih menjimatkan kos. Cara ini kemudiannya diperbaiki dengan mensistesiskan daripada pelbagai tumbuhan yang mudah dan senang dijumpai.
Dadah sintetik yang menduplikasikan 'prinsip aktif' tumbuhan haiwan atau mineral adalah bahan semulajadi kerana ia mengandunghi hanya 'prinsip aktif' dan bahan bahan yang tidak berguna serta kekotoran di dalamnya akan dibuang

Pengenalan Dadah


Pengenalan Dadah
Ahli perubatan menggunakan sebatian kimia tertentu untuk mendiagnos, menghalang atau merawat pelbagai jenis penyakit. Sebatian yang digunakan oleh mereka ini dikenali sebagai dadah. Istilah yang lebih saintifik untuknya ialah farmaceutikal.
Sejak dari zaman dahulu lagi, terapat beberapa penemuan seperti penulisan atau hiroglifik Mesir yang mencatatkan bebarapa rujukan rujukan yang menggunakan dadah yang telah dicadangkan untuk digunakan sebagai pelbagai ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Namun sehingga kurun ke 20, hanya terdapat beberapa sahaja dadah yang disebutkan tadi atau digunakan yang benar benar terbukti berkesan. Dadah dadah ini didapati berkesan berdasarkan penemuan sefara pemerhatian yang diperolehi secara tidak sengaja ataupun kebetulan. Penemuan secara kebetulan ini telah berjaya menunjukkan beberapa unsur unsur tumbuhan boleh mengurangkan kesakitan atau membantu bagi merawat penyakit. Sebagai contohnya, pada tahun 1776, seorang ahli botani dan juga ahli perubatan berbangsa British, William Withering telah mendapati bahawa the herba yang dibuat oleh seorang petani wanita yang tua adalah terbukti efektif untuk merawat penyakit badan yang menjadi bengkak akibat dipenuhi oleh air atau lebihan air yang berada di dalam tisu .
Penyakit ini dikenali sebagai dropsy. Penyakit ini adalah berpunca akibat ketidakupayaan jantung untuk mengepam sepenuhnya dengan kuat. William bagaimanapun telah mendapati bahawa satu kandungan di dalam the tersebut iaitu daun tumbuhan foxglove telah berjaya menguatkan lagi kemampuan jantung untuk mengepam. Dadah yang dibuat daripada tumbuhan foxglove untuk menguatkan lagi kekuatan jantung untuk mengepam ini kemudiannya dikenali sebagaidigitalis.
Pencarian dadah melalui penemuan penemuan mahupun penemuan secara kebetulan telah banyak melahirkan ubatan serta vaksin yang baru. Sehinggalah pada abad ke 20, barulah ahli perubatan dapat mencipta dadah dengan menggunakan kaedah baru yang lebih berkesan untuk merawat pelbagai penyakit yang menjangkiti manusia. Bagi menghasilkan dadah yang betul betul berkesan, maka adalah perlu untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai fungsi fungsi badan, bagaimana badan bekerja, mengapa penyakit terjadi dan kenapa dan bagaimana bahan kimia bertindak di dalam badan. Bidan kajian dan penyelidikan ini dipanggilfarmakologi.

Pengenalan


Pengenalan
Saya telah memilih tajuk Opium dan Penghasilan Heroin sebagai menjalankan tugasan saya bagi memenuhi keperluan matapelajaran Etnobotani. Selain daripada perbincangan mengenai tajuk ini, saya juga bercadang untuk memberi pengenalan secara am mengenai dadah serta bahaya dadah. Tugasan yang saya jalankan ini terbahagi kepada tiga bahagian.
Bahagian pertama meliputi pengenalan asas mengenai dadah. Dalam bahagian ini, saya juga turut membincangkan mengenai dari mana asalnya dadah, penyelidikan dadah secara biologi dan sintetik, bagaimana dadah bertindak serta reaksi terhadap dadah.
Bahagian kedua pula membincangkan mengenai dadah sebagai bahan yang boleh membawa kesengsaraan di samping kebaikan yang boleh diperolehi. Di dalam bahagian ini, perbincangan bukan sahaja meliputi dadah semata mata, tetapi sebahagiannya juga meliputi tumbuhan tumbuhan yang beracun yang boleh menyebabkan kerosakan kepada fungsi fungsi di dalam bahagian badan. Di dalam bahagian ini kita akan dapat melihat bagaimana kesengsaraan yang boleh dialami oleh seseorang akibat pengambilan yang tidak dikawal.